Mahkamah tolak permohonan MAIPs jaga kebajikan tiga remaja

11 Oct 2023 • 5:56 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk mendapatkan perintah jagaan ke atas tiga anak mualaf kepada seorang wanita, Loh Siew Hong yang memeluk Islam secara sepihak pada 2019.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz berkata, beliau mendapati MAIPs gagal membuktikan kes dalam permohonan agensi itu dan memutuskan bahawa ia tidak mempunyai justifikasi yang sah atau munasabah.

Beliau memaklumkan, berdasarkan pengalaman traumatik dialami kanak-kanak berusia antara 12 hingga 15 tahun itu, permohonan MAIPs bukanlah demi kepentingan terbaik kanak-kanak berkenaan.

Hayatul Akmal juga memutuskan tiada perintah mengenai kos.

MAIPs sentiasa memikul tanggungjawab keagamaan ke atas anak-anak terbabit, termasuk memudahkan kehadiran mereka ketika solat Jumaat, menyediakan bantuan zakat dan menampung perbelanjaan mereka yang membabitkan pendidikan, keperluan asas serta kebajikan.

Permohonan itu difailkan pada 7 Mac tahun lalu – 11 Oktober 2023

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved