Mahkamah tolak permohonan Najib ketepi injunksi kes saman 1MDB

Politics
27 Sep 2023 • 10:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Najib (tengah). - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetepikan injunksi Mareva yang diperoleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan satu anak syarikatnya, bagi menghalang beliau daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia berjumlah AS$681 juta (RM3.2 bilion).

Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad pada Rabu memutuskan bahawa injunksi itu perlu dikekalkan sehingga saman 1MDB selesai.

Injunksi Mareva ialah perintah menghalang seseorang daripada melupuskan harta sementara menunggu penyelesaian tindakan undang-undang.

Pada 8 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) bagi injunksi Mareva oleh 1MDB dan Global Diversified Investment Company Limited (dahulunya dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited) iaitu plaintif pertama dan kelima dalam saman terhadap Najib dan beberapa individu lagi.

Injunksi itu turut mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukan untuk perbelanjaan sara hidup serta guaman namun sekiranya jumlah lebih banyak diperlukan, beliau perlu mendapat kebenaran bertulis daripada peguam 1MDB dan Global Diversified. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved