
PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan menyatakan demikian selepas peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan permohonan secara lisan untuk menangguhkan prosiding itu. Semasa prosiding petang Selasa, Hisyam memohon agar prosiding rayuan akhir ditangguhkan sejurus mahkamah menolak permohonannya untuk memasukkan bukti tambahan berhubung peranan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan Syarikat SRC International Sdn Bhd. AKAN MENYUSUL
