Mahkamah tolak permohonan peguam cabar SKMM isu sekat hantaran di Facebook

LocalPolitics
23 Jan 2025 • 9:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menyatakan bahawa permohonan seorang peguam dalam usaha mencabar Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan sekatan hantaran di Facebook miliknya telah ditolak.

Memetik laporan dari FMT, peguam, Shamsher Singh Thind mahu membatalkan permintaan pentadbiran yang menyebabkan pengguna media sosial di Malaysia disekat daripada mengakses hantaran yang dimuat naik pada Mei 2024.

image is not available

kredit foto: google

Peguam dakwa sekat hantaran di Facebook sebagai cabul kebebasan bersuara

Difahamkan, pihak mahkamah telah menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap SKMM berhubung sekatan yang dikenakan terhadap Facebook beliau pada tahun lalu.

Menerusi permohonan tersebut, Shamsher mendakwa pihak SKMM telah mencabul kebebasan bersuara dengan menyekat hantaran berkenaan.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Sekat hantaran di Facebook bukan keputusan SKMM

Susulan daripada itu, beliau mahu mahkamah mengistiharkan tindakan yang dibuat SKMM sebagai tidak sah serta menggesa agar SKMM menggugurkan ‘arahan’ menyekat hantaran berkenaan kepada Facebook

Walau bagaimanapun, Hakim Anand Ponnudurai menyatakan pada hari ini bahawa tindakan SKMM itu bukanlah satu ‘keputusan’ yang boleh disemak oleh pihak mahkamah.

Platform Facebook yang sekat

Hal ini disebabkan keputusan tersebut dibuat oleh Facebook sendiri dan bukannya SKMM kerana pihak mereka hanya membuat permohonan untuk tindakan diambil.

Jadi, suruhanjaya berkenaan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

Pihak pengawal selia seperti SKMM juga tidak mempunyai kuasa mutlak dalam mengawal kandungan yang terdapat dalam platform media sosial tersebut.

Anand menambah, Shamsher gagal mengemukakan kes yang boleh dipertikai untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Terdahulu, Shamsher menerusi hantarannya cuba mengaitkan pemberian kontrak kerajaan dengan suami seorang Menteri Kabinet sehingga mencetuskan perdebatan sengit di media sosial.

Ujarnya, Facebook kemudian telah menyekat hantaran itu daripada dilihat dalam negara selepas ‘penilaian undang-undang dan hak asasi manusia.’

Sumber: FMT (Predeep Nambiar)