Mahkamah tolak saman, bekas pelajar fail rayuan

15 Feb 2023 • 2:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap sekolah, kerajaan dan dua lagi.

Pada 26 Mei 2017, plaintif berusia 25 tahun itu dan ibu angkatnya memfailkan saman terhadap pengetua, sekolah pendidikan khas, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia selaku defendan kerana gagal menyediakan pendidikan berkualiti selaras dengan ketidakupayaannya.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili kedua-dua plaintif ketika dihubungi berkata, notis rayuan telah difailkan di Mahkamah Rayuan semalam.

Berdasarkan notis rayuan, mereka tidak berpuas hati dengan keseluruhan keputusan Hakim Nik Hasmat Nik Mohamad pada 3 Februari lalu yang menolak tuntutan mereka selepas mendapati defendan tidak melanggar undang-undang kecuaian dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk pelajar keperluan khas.

Dalam pernyataan tuntutan, bekas pelajar itu yang didiagnosis sindrom kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) ketika berusia empat tahun dan mempunyai masalah kaki yang menyukarkan dia untuk duduk di lantai, mendakwa bahawa dia telah didaftarkan di sekolah menengah pendidikan khas itu pada 18 Jan, 2016 dan diberi penginapan di asrama sekolah.

Plaintif mendakwa dia dibuli beberapa kali oleh pelajar lain ketika berada di asrama termasuk diludah ketika dia sedang solat, diikat di katilnya, ditumbuk dan ditendang serta barang-barangnya dicuri dan walaupun banyak aduan telah dibuat namun tiada tindakan diambil oleh pihak sekolah dan pengetuanya.

Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 24 Julai 2017, pihak sekolah menyatakan penempatan pelajar terbabit dibuat berdasarkan pilihan anak dan ibu angkatnya semasa pendaftaran. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved