Mahsuri Dagang taja iftar 500 pelajar UniKL MIAT

LocalFood
6 Mar 2026 • 3:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Program Riuh Rewang Pelajar Mahsuri itu melibatkan tajaan juadah berbuka puasa kepada 500 pelajar Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) cawangan Dengkil pada Selasa depan, bermula jam 4 petang dengan kerjasama Sinar Harian.
image is not available
MOHD JAZRI

SHAH ALAM – Syarikat Mahsuri Dagang Sdn Bhd (Mahsuri Dagang) terus memperkukuh kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Universiti Kuala Lumpur (UniKL) sempena Ramadan.

Program Riuh Rewang Pelajar Mahsuri itu melibatkan tajaan juadah berbuka puasa kepada 500 pelajar Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) cawangan Dengkil pada Selasa depan, bermula jam 4 petang dengan kerjasama Sinar Harian.

Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, program iftar berkenaan merupakan sebahagian usaha berterusan syarikat untuk meringankan beban para mahasiswa di institusi pendidikan awam.

**media[3454808]**

“Program iftar bersama pelajar kali ini adalah sebahagian daripada CSR Mahsuri Dagang dan membuktikan jenama ini semakin diterima serta dipercayai pengguna, termasuk dalam kalangan mahasiswa.

“Kami melihat kolaborasi seperti ini sebagai platform memperkukuh hubungan antara sektor pendidikan dan industri makanan, selain membuka ruang pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan produk tempatan dalam penyediaan makanan,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, antara aktiviti utama yang akan dijalankan ialah rewang memasak juadah iftar menggunakan barangan keluaran Mahsuri Dagang melibatkan penyertaan pelajar MIAT sendiri.

Sebanyak 85 kotak piza bersaiz sederhana dan 250 biji martabak akan disediakan untuk diagihkan kepada pelajar semasa majlis berbuka puasa.

“Program ini merupakan kali kedua dianjurkan bersama UniKL, selepas pelaksanaan terdahulu di cawangan Gombak yang turut mendapat sambutan menggalakkan.

“Menjalinkan kerjasama dengan IPTA penting untuk memperluas pelaksanaan CSR kami sebagai antara cabang khidmat masyarakat syarikat,” ujarnya.