Mahu bangun semula rumah pangsa lama, pastikan penduduk Shah Alam selesa

7 Nov 2022 • 6:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Shah Alam berhasrat membangunkan semula rumah pangsa PKNS di Seksyen 16 di sini sekiranya diberi mandat dalam pilihan raya umum ke-15.

Azli Yusof berkata inisiatif berkenaan bertujuan memberi keselesaan kepada penghuni kediaman berusia hampir 60 tahun itu seiring dengan kemajuan bandar raya Shah Alam.

“Mungkin ada akta yang perlu diperbaharui bagi pembangunan semula, insya-Allah kita akan cuba berusaha sedaya upaya untuk memberi kediaman yang lebih kondusif dan urban kepada mereka,” katanya ketika ditemui hari ini.

Azli juga akan meneliti kediaman penduduk di beberapa lagi kawasan seperti Padang Jawa dan Kampung Kebun Bunga untuk dibangunkan semula.

Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi turut mencadangkan flat berkenaan diberi nafas baharu secara menyeluruh dan bukan hanya pembaikan kecil atau luaran sahaja.

Graduan Pengurusan Kejuruteraan dari University of Missouri-Rolla, Amerika Syarikat itu bersaing dengan Hizatul Isham Abdul Jalil (BN), Dr Afif Bahardin (PN) dan Muhammad Rafique Rashid (Pejuang).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved