Mahu Bantu Jabatan Kecemasan, Dr. Leong Kini Rancang Ambil Lesen Kren Menara & Terbangkan Helikopter

LocalHealth & Fitness
3 Mar 2025 • 11:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang Pakar Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor, Dr. Leong Kee Wai rancang ambil lesen kren menara dan terbangkan helikopter pada masa akan datang.

Perkongsian Leong dengan memuat naik hantaran mengenai 10 lesen memandu yang dimilikinya di akaun Facebook miliknya pada Februari lalu.

Hantaran itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya memuji inisiatif Leong untuk mendapatkan sehingga 10 lesen memandu.

image is not available

Dr. Leong Rancang Ambil Lesen Kren Menara

Kongsi Leong, beriltizam untuk memandu jentera Jabatan Kecemasan di hospital merupakan pendorong buat dirinya mengambil sehingga 10 lesen memandu buat setakat ini.

Menurut pegawai perubatan berusia 37 tahun itu, dia mula mengambil lesen pelbagai kenderaan selain motosikal serta kereta pada 2022.

“Saya mula terfikir untuk mengambil lesen kenderaan lain kerana mahu membantu memandu ambulans memandangkan Jabatan Kecemasan memerlukan pemandu yang mempunyai lesen khas.
“Justeru itu, saya bertekad untuk mengambil lapan lagi lesen sejak 2022 memandangkan saya hanya mempunyai lesen motosikal serta kereta yang diambil semasa berusia 17 tahun,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
image is not available

Antara lapan lagi lesen memandu dimilikinya adalah ambulans, traktor serta lesen vokasional (GDL).

Katanya, dia menghabiskan kira-kira RM10,000 bagi mendapatkan lapan lagi lesen berkenaan dan lesen memandu treler serta bas adalah paling mahal.

“Meskipun saya memiliki 10 lesen memandu, tetapi saya hanya menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja dan sekali-sekala menggunakan kereta,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, beliau tidak sama sekali menjangkakan hantaran dibuatnya di Facebook akan tular di media sosial.

Leong berkata, tujuannya membuat hantaran tersebut adalah sekadar berkongsi kepada rakan-rakan yang mengikuti pengalamannya mengambil lesen berkenaan.

image is not available

Kongsinya lagi, dia amat gembira dapat membantu warganet, lebih-lebih lagi ramai orang menghubunginya untuk mengetahui proses pengambil lesen-lesen berkenaan.

Sumber: FB Leong Keen Wai, Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)