Mahu Bantu Keluarga Jimat Duit Petrol, Gadis Kecil Di Thailand Tunggang Gajah Ke Sekolah [Video]

Entertainment
18 Jul 2022 • 6:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dari Wilayah Buriram, Thailand tular di laman sosial selepas menunggang gajah untuk ke sekolah.

Menurut laporan Kosmo yang memetik Thaiger, gadis kecil itu menunggang gajah ke sekolah kerana ingin membantu keluarganya menjimatkan wang perbelanjaan petrol.

Bapa kanak-kanak berkenaan, Wisanchon Yongram, 38, memberitahu bahawa dia bekerja sebagai penjaga gajah.

Keluarganya miliki 4 ekor gajah

Keluarga gadis kecil itu sememangnya memiliki empat ekor gajah iaitu dua gajah betina dan dua gajah jantan.

Salah seekor gajah jantan bernama Ole dan berusia 25 tahun. Ole merupakan haiwan yang ditunggangi anaknya ke sekolah.

Menurut Wisanchol, anak perempuannya yang bernama Phatcharapha atau lebih mesra dipanggil Pupae memang rapat dengan Ole kerana gadis dan haiwan itu sudah mula berkawan sejak kecil.

Menunggang gajah sejak berusia enam tahun

Pupae yang dikatakan sudah menunggang Ole sejak berusia enam tahun itu turut membantu menjaga Ole dengan memberi makan dan memandikannya.

Menerusi beberapa perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok, kelihatan Pupae sedang menunggang Ole dengan memakai pakaian seragam sekolah.

Menurut laporan sama, rakan sekelas Pupae pada awalnya agak terkejut melihat haiwan besar tersebut namun kini mereka sudah terbiasa malah berasa seronok apabil melihat gajah itu di sekolah.

Gadis kecil itu menunggang Ole ke sekolahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya pada setiap hari.

Kredit gambar: TikTok olefcthailand

Source: