Mahu basmi kebanjiran warga asing di Sabah jika jadi seorang menteri -Azharina Azhar

LocalPolitics
12 Nov 2025 • 10:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi kelahiran Sabah, Azharina Azhar, tampil meluahkan pandangan tegas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, berharap rakyat memilih pemimpin dan parti yang mampu membawa perubahan nyata kepada negeri itu.

Azharina Azhar mahu kawasan di Sabah lebih diberi perhatian

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Azharina menyatakan masih banyak kawasan di Sabah berdepan masalah asas seperti bekalan air, elektrik, dan kemudahan jalan raya yang kurang memuaskan, dan perkara ini perlu diberi perhatian serius.

“Masih banyak kawasan di Sabah yang kekurangan bekalan air, dan elektrik selain ketiadaan kemudahan jalan raya yang baik. Tiga perkara itu masih menjadi masalah yang membelenggu rakyat.
“Jadi, kita perlukan pemimpin yang jujur, amanah dan ikhlas yang mampu membawa perubahan kepada negeri Sabah,” katanya.

image is not available

Azharina Azhar harap orang Sabah dapat buat pilihan bijak

Azharina turut menegaskan bahawa mentaliti rakyat Sabah juga perlu berubah agar tidak mudah terpengaruh dengan calon yang mudah bertukar pendirian.

“Mentaliti orang Sabah perlu diubah. Elakkan pilih calon (pilihan raya) yang hari ini kata sedia bersatu, tetapi esok tak ubah seperti lompat si katak lompat,” ujarnya.

image is not available

Mahu basmi lambakan warga asing

Selain itu, penyanyi itu menekankan kebanjiran warga asing yang semakin bertambah di Sabah perlu ditangani bagi memastikan keharmonian penduduk tempatan dan imej negeri terus terpelihara.

“Kalau berpeluang jadi menteri, antara perkara yang akan saya usahakan adalah naik taraf sekolah di kawasan pedalaman.
“Dan yang paling penting, basmi kebanjiran warga asing yang menimbulkan banyak masalah dan mencacatkan imej Sabah,” katanya.

image is not available

Artikel lain: PRN Sabah : Perjuangan PKR bukan medan kepentingan diri, tapi amanah rakyat – Izzah Anwar

PRN Sabah dijadual berlangsung pada 29 November, manakala penamaan calon ditetapkan pada 15 November ini.

Sumber: Utusan Malaysia