Mahu bawa kelainan, Aliff Syukri rakam muzik video lagu raya dalam jakuzi?

Music
29 Mar 2024 • 9:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bagi membuat kelainan, dikatakan usahawan kontroversi, Aliff Syukri rakam muzik video lagu raya di dalam jakuzi apabila tular video pengambaran tersebut sedang diadakan.

Pengambaran MV lagu raya?

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok media_penglipurlara, dapat dilihat yang Aliff Syukri atau Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sedang beraksi di dalam jakuzi sambil disampingnya penari-penari berbaju Melayu berwarna hitam.

image is not available

Aliff Syukri rakam muzik video, ada adegan dalam jakuzi

Dalam kapsyen yang disertakan, akaun Tiktok berkenaan memaklumkan yang pengambaran tersebut adalah rakaman muzik video lagu raya yang akan dikeluarkan usahawan terbabit.

Ujarnya, kali ini dia mahu membuat kelainan apabila ada adegan berendam dan mandi di dalam jakuzi.

Aliff Syukri rakam muzik video, ramai perhati penari2 belakang tu

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas diterima apabila melihat video terbabit memandangkan sebelum ini usahawan tersebut mengatakan tidak akan mengeluarkan lagu raya.

Tak hanya itu, mereka juga mempersoalkan kewujudan penari-penari lelaki dengan gerakan gemulai seperti tahun yang sudah berada di sampingnya sewaktu berendam di dalam jakuzi tersebut.

image is not available

Yang terdampar dekat bawah jakuzi tu apa function dia?

image is not available

Apa kena mengena jakuzi dengan raya?

image is not available

Tolongla kami nak beraya dengan tenang

image is not available

Pelik-pelik la lagu raya macam ni

image is not available

Ni dah bukan luar kotak lagi

image is not available

Ramai merusuh katanya sebab kecewa Aliff takde lagu baru

Terdahulu, Aliff Syukri telah memuat naik hantaran di Instagramnya seakan memberi bayangan akan ada lagu raya baru dikeluarkan walaupun sebelum ini menyatakan lagu miliknya diberikan kepada penyanyi lain.

Dia yang mengaku sebagai penyanyi nombor satu negara berkongsi ‘rusuhan’ di hadapan kediamannya yang bersorak mahukan lagu raya untuk tahun ini.

Sumber: TikTok media_penglipurlara