Mahu Cabar Kemenangan BN Di Nenggiri, PN Kumpul Bukti Failkan Petisyen

LocalPolitics
22 Aug 2024 • 5:21 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Perikatan Nasional (PN) sedang mengumpul bukti untuk memfailkan petisyen pilihan raya bagi cabar keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) di Nenggiri, Sabtu lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Pengerusi BERSATU Kelantan Datuk Kamaruddin Md Noor berkata bukti tersebut membabitkan dakwaan BN merasuah dengan mengancam pengundi sepanjang tempoh berkempen selama dua minggu.

PN kumpul bukti cabar kemenangan BN di Nenggiri

image is not available

Foto: Harian Metro

“Kalau ‘lawyer’ (peguam) kita kata cukup bukti (yang dikumpul) cukup, kita akan memfailkan kerana ia tidak ada tarikh tutup (untuk fail petisyen).

“Bukti ini membabitkan pelbagai. Kita (hendak fail petisyen) kerana nak pastikan PRK yang lalu mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa mendakwa kekalahan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail pada PRK Dun Nenggiri kerana parti itu memilih untuk tidak mengamalkan rasuah, wang dan salah guna kuasa.

image is not available

Foto: Kosmo

Katanya lagi, PN juga menolak untuk menyalahgunakan aset dan jentera Kerajaan Negeri Kelantan disamping mendakwa BN pula menggunakan aset Kerajaan Persekutuan.

“Ini amat berbeza dengan BN yang memanfaatkan sepenuhnya aset, peruntukan dan jentera agensi serta jabatan Kerajaan Persekutuan terutamanya di bawah kawal selia Menteri Umno seperti Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,” dakwa beliau.

Sumber: Harian Metro (Hidayatidayu Razali)