Mahu Fokus Kehidupan Lebih Tenang & Bermakna, Che Nom Umum Bakal Bersara Daripada Dunia Konten

LocalFood
1 Aug 2025 • 5:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Personaliti masakan terkenal Malaysia, Che Nom mengumumkan bakal mengundurkan diri daripada dunia konten selepas bertahun-tahun berkecimpung.

Menerusi hantaran di Facebook, Che Nom menjelaskan mengapa dia semakin kurang memuat naik konten masakan di Youtube seperti sebelum ini.

Tulis Che Nom pada hantaran itu, dia berasa sangat bersyukur dan berpuas hati dengan pencapaiannya selepas berjaya mencapai lebih 416 juta tontonan dan 24 juta jam tontonan.

Dari hanya kongsi resepi di rumah, kini kami dah jadi satu jenama, bantu ramai yang baru nak belajar memasak, yang guna resepi untuk bisnes kecil-kecilan, dan yang rindu masakan kampung. Semua ini sangat bermakna dalam hidup Che Nom.

image is not available

 

Mahu lakukan sesuatu lebih bermakna

Che Nom akui sudah sampai ke satu tahap di mana dia mahu melakukan sesuatu yang lebih bermakna secara peribadi iaitu fokus pada kesihatan, keluarga terutamanya anak-anak yang semakin membesar dan menjalani kehidupan yang lebih tenang.

Kadang-kadang, yang paling fulfilling bukan lagi angka atau views — tapi masa yang diluangkan dengan orang tersayang dan buat perkara yang dekat dengan hati.

image is not available

Bagaimanapun, pesonaliti masakan itu berkata dia tidak akan berhenti dengan serta merta sebaliknya secara perlahan-lahan akan kurang menghasilkan video.

Che Nom bercadang untuk memuat naik kira-kira 3 ke 4 video sahaja dalam masa sebulan atau memberi fokus kepada konten eksklusif.

Dalam pada itu, pemilik akaun YouTube yang mempunyai 2.34 juta pengikut tersebut memohon agar pengikut mendoakan agar perjalanan Che Nom yang seterusnya lebih bermakna.

image is not available

Che Nom turut menzahirkan terima kasih kepada semua masyarakat yang memberi sokongan ke atasnya sejak dia bermula sehingga ke hari ini.

Tanpa anda semua, tidak mungkin Che Nom sampai ke tahap ini.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-19 12:05:10

'Tak Sedar Diuntung'! Luahan Che Nom Tentang Anak Saudara Tikam Belakang Raih Perhatian - "Tiba-Tiba Dia Report Saya Ke..."