Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, percaya Trent Alexander-Arnold hanya akan mencemarkan legasinya ketika bersama The Reds sekiranya dia berpindah ke Real Madrid pada penghujung musim ini. Pemain berusia 26 tahun itu berada dalam tahun terakhir kontraknya ketika ini bersama Liverpool, dengan dia rancak dikaitkan ke Santiago Bernabeu.

