Mahu jadikan anak angkat, Nurulhidayah sebak nama sama dengan ibu Putri Qisya

LocalFamily & Parenting
9 Jul 2025 • 11:03 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Nurulhidayah

Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meluahkan rasa sedih dan sebak apabila mengetahui tentang berita pemergian enam sekeluarga di Sungai Korok tempoh hari.

Lebih membuatkannya berasa hiba adalah keadaan anak sulung keluarga terbabit, Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, yang kehilangan semua ahli keluarganya termasuk ibu yang bernama hampir mirip dengan Nurulhidayah.

image is not available

Nurulhidayah sebak nama sama dengan ibu Putri Qisya

Disebabkan naluri keibuannya, Nurulhidayah segera datang bertemu Putri Qisya dan menyantuninya serta keluarga dan memuat naik hantaran dengan memperkenalkan remaja terbabit sebagai anak barunya.

“Kenalkan anak baru saya, Putri Qisya. Alhamdulillah Allah permudahkan,” tulisnya apabila diberi kesempatan bertemu dengan remaja terbabit.

image is not available

Nurulhidayah terbuka jadi ‘ibu baru’ buat remaja terbabit

Dalam pada masa yang sama, Exco Wanita UMNO berkenaan juga mendoakan supaya Putri Qisya membesar menjadi wanita yang solehah, cemerlang dan seorang yang berjaya serta disegani kelak.

Ujarnya, allahyarham ibu kepada Putri Qisya bernama Nurul Hidayah, manakala remaja terbabit boleh menganggapnya sebagai ibu baru.

image is not available

Terdahulu, berita tentang kehilangan enam sekeluarga sejak Sabtu lalu selepas bermalam di rumah ahli keluarga di Taman Aman, Jitra akhirnya terjawab apabila kesemua mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam Sungai Korok.

Mangsa yang maut adalah pasangan suami isteri, Muhammad Azim Izat Ishak, 32 dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta empat anaknya iaitu Putra Rayyan Nur Izat, 9, Hawa Adriana, 8, Anayla Huma’ira,7 dan Tuah Haidar yang baru berusia enam bulan.

Sumber: Instagram nurul.zahid