Mahu lawan kedutan, sinaran dan sentiasa kelihatan awet muda, FILORGA Global-Repair Baume tampil membantu

Beauty
9 Dec 2022 • 4:20 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Mahu lawan kedutan, sinaran dan sentiasa kelihatan awet muda, FILORGA Global-Repair Baume tampil membantu

JENAMA berprestij dari Perancis, FILORGA memperkenalkan satu lagi inovasi baharu mereka, FILORGA Global-Repair Baume baru-baru ini.

Produk berkenaan menggabungkan bahan aktif botani yang bertindak sebagai agen terhadap 10 petanda penuaan bagi.

Antaranya seperti keteguhan, keanjalan, sinaran, kedutan, kontur muka dan lain-lain.

image is not available

Jenama berkenaan dalam satu kenyataan menyebut, tiga nutrien penting iaitu seramida, omega dan vitamin dalam FILORGA Global-Repair Baume turut dipertingkatkan.

“Trio nutrien itu antara lain membantu memulihkan kelembutan dan kecergasan kulit, meningkatkan pembaharuan sel, mencergaskan kulit,” kata label berkenaan sambil menambah, super vitamin E, A, D dan K yang terkandung dalam produk itu berupaya meningkatkan pertahanan kulit.

image is not available

Sebagai tambah nilai, FILORGA telah menggunakan salah satu khazanah alam semula jadi yang digunakan dalam kosmetik iaitu minyak botani.

“Melalui proses pengeluaran yang unik, penyelidikan FILORGA telah berjaya menggabungkan jumlah minyak botani berharga yang tepat untuk menyuburkan dan mencergaskan kulit jauh ke dalam dengan mentega bukan oklusif 100 peratus asli yang kaya dengan asid lemak tepu.

image is not available

“Campuran bahan ultra aktif semula jadi yang direka khas untuk kulit yang tidak bermaya untuk menguatkan penghalang kulit, menyelubungi kulit dalam lapisan pelindung dan mengekalkan tahap penghidratan optimum,” kata jenama itu lagi.

image is not available

Untuk mengetahui ritual eksklusif penggunaan FILORGA Global-Repair Baume layari: