Mahu lepaskan rindu, kunjungan bapa ke rumah anak tak diendahkan

LocalFamily & Parenting
8 Nov 2024 • 11:26 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial satu video memaparkan kunjungan bapa ke rumah anak tak diendahkan walaupun hanya untuk melepaskan rindu kepada darah dagingnya sendiri.

Memetik laporan mStar, video yang tular di TikTok itu memaparkan seorang bapa yang mundar-mandir di hadapan sebuah rumah dipercayai didiami anaknya sambil membawa sebuah bagasi.

Mahu lepas rindu, kunjungan bapa ke rumah anak tak diendahkan

image is not available

Pada ruangan kapsyen, bapa itu berkata dia terlalu merindukan anaknya sehingga sanggup datang ke rumah namun anaknya tidak mahu membuka pintu.

“Terlalu rindukan anak. Datang rumah tak buka pintu. Ya Allah, sampainya hatimu anak-anak,” katanya.

Bagaimanapun, bapa itu berkata dia faham anak-anaknya bersikap dingin dan tidak mahu berjumpa dengan dirinya kerana dia sudah tua disamping mempunyai penyakit.

image is not available

“Abah ni sudah tidak berguna, berpenyakit pula. Susuah jaga orang tua. Dulu, rapat sangat. Selepas jatuh sakit, semua anak jadi begini,” luahnya.

Dalam pada itu, bapa itu mendakwa ketika dia tiba di rumah anak, menantunya ada di dalam kediaman mereka namun dia seakan-akan sengaja tidak mahu membuka pintu.

Pada masa yang sama, bapa itu juga menafikan video yang dia kongsikan itu adalah kandungan semata-mata untuk meraih simpati orang ramai.

image is not available

“Bukan content, bukan minta simpati. Tapi inilah perjalanan hidup si tua ni. Yang rakam tu yang tolong hantarkan pakcik,” jelasnya.

Pada ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa terkilan dengan sikap anak kepada bapa itu kerana mengabaikan darah daging sendiri.

Sanggup buat macam tu kat ayah

image is not available

Dulu masa kecik rapat sangat

image is not available

Kunjungan bapa ke rumah anak tak diendahkan, rindu ayah saya

image is not available

Tak sedih ke buat macam kat ayah yang dah tua……

Sumber: mStar