Mahu Naik Helikopter Sebelum Pencen Bertukar Jadi Kenangan Duka

24 Apr 2024 • 11:22 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa sangka sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 bertukar ke hari duka apabila dua helikopter bergesel ketika raptai dan menyebabkan 10 anggota maut.

Salah seorang mangsa nahas helikopter, Nurfarahimi pernah berkata mahu naik helikopter sebelum berpencen pada Jun ini.

Menurut laporan Berita Harian, keluarga tidak menyangka Nurfarahimi akan pergi kerana mangsa dikatakan antara yang paling ceria ketika Aidilfitri lalu.

Mangsa juga telah memberitahu saudara mara lain akan bersara dan menetap bersama suaminya di Kuantan.

image is not available

Arwah bagi tahu sebelum dia pencen, dia teringin nak naik helikopter. Sepanjang kerjaya ini kali ketiga dia naik sebab terbabit dalam latihan raptai.

Namun tak disangka kejadian seumpama itu berlaku.

Perkara ini dikongsikan oleh ibu saudaranya, Lalila Fairus Ismail yang turut berduka dengan pemergian Nurfarahimi.

Arwah meninggalkan tiga anak yang masih bersekolah dan suami yang juga bekerja sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuantan, Pahang.

Lebih menyedihkan lagi, arwah juga sempat merakam video permandangan dari helikopter dan menghantarnya ke kumpulan keluarga di WhatsApp.

Difahamkan dua daripada anak NurFarihimi mahu menjadi seperti ibu dan ayah mereka.

Kejadian ini tidak mematahkan semangat mereka malah dijadikan motivasi untuk mereka mengejar impian.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah perkuburan Kampung Damak, Sungai Bayor selepas bedah siasat dijalankan.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.