Mahu Sambut Hari Ibu Di Sekolah Anak, Bapa Tunggal Rela Berpakaian Seperti Wanita

16 Aug 2023 • 4:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bapa dari Thailand mendapat perhatian ramai selepas tampil berpakaian seperti seorang mak ketika menghadiri sambutan Hari Ibu anak perempuannya di sekolah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @joeykp di laman TikToknya, lelaki bernama Pratchaya Tadeebu atau lebih mesra disapa Joe, 48, sedang duduk dalam sebuah dewan bersama dengan ibu bapa yang lain.

@joey_kp

“แม่” ฉันก็เป็นให้แกได้555

♬ เป็นทุกอย่าง – Room 39

Dalam perkongsian tersebut, apa yang menyentuh hati ramai adalah kelihatan seorang pelajar perempuan Nattawadee Kornjan, 15, yang dikenali sebagai Cream tunduk hormat kepada ayahnya yang tampil dengan rambut palsu dan gaun telah berjaya menyentuh hati netizen.

Menerusi laporan Mashable SE Asia, Cream adalah anak angkat yang telah dibesarkan oleh Joe seperti anak kandungnya sendiri tanpa kasih sayang seorang ibu.

image is not available

“Walaupun saya seorang bapa tunggal dan bapa tirinya. Saya selalu memberitahu Cream bahawa dia adalah anak saya dan saya menyayanginya seperti anak kandung saya sendiri.

“Saya akan melakukan yang terbaik sebagai ayah dan ibu untuk menjaga anak perempuan saya itu,” kata Joe kepada pemberita.

image is not available

Netizen kagum!

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap Joe dalam membesarkan anak seorang diri.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Mashable SE Asia, TikTok @joeykp