Mahu setiap masa di samping isteri, netizen anggap Izzue Islam suami ‘green flag’

LocalEntertainment
1 Oct 2024 • 10:26 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Izzue Islam

Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam tidak dapat menggambarkan perasaan kasih sayangnya terhadap isteri tercinta, Nurnafilah Waharudin telah meruntun hati warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan sekiranya dia bertemu illahi terlebih dahulu sebelum isterinya.

@syanxrie

oh to be loved by a MAN @Izzue Islam @awin.nurin #foryou #fyp #fypシ

♬ No Surprises - Radiohead

Jelasnya, Nurnafilah atau lebih dikenali sebagai Awin mempunyai personaliti yang sangat istimewa dan Izzue sahaja yang tahu cara untuk melayani isterinya berbanding orang lain.

Izzue Islam

image is not available

“Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku kat dia, aku tak boleh nak cakap.

“Tuhan je tahu berapa banyak sayang aku kat dia. Dan seandainya aku pergi dulu tak tahu la sebab benda ni Allah yang susun kan.

“Aku nak ada orang boleh layan macam mana aku layan dia. Aku tak tahu sebab Awin ni dia sangat istimewa, manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku je boleh buat.

“Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?” ujarnya sambil menangis.

Izzue Islam

image is not available

Netizen anggap Izzue lelaki green flag!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya golongan wanita tersentuh dengan perkongsian pelakon drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia! malah menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang ‘green flag’.

image is not available image is not available

Untungnya kak Awin miliki suami macam Izzue

Dalam pada itu, ramai yang menganggap Awin adalah wanita bertuah kerana memiliki suami penyayang, setia seperti Izzue dan ada individu mendoakan agar mahligai mereka kekal hingga ke syurga.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, Izzue dan isteri berkahwin pada 2 Jun 2013 namun mereka belum dikurniakan zuriat sepanjang 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: TikTok @syanxrie