Mahu Tarik Pelancong Global, Arab Saudi Rancang ‘Buka Pintu’ Untuk Minuman Alkohol & Pakaian Bikini Di Bandar Baru

1 Feb 2024 • 5:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nampak gayanya Arab Saudi sedang bersiap sedia mahu merubah negara menjadi pusat pelancong berbeza iaitu dengan membenarkan minuman alkohol dan pakaian bikini di bandar megafuturistik baru, Neom.

Bandar futuristik, Neom di pulau Laut Merah Sindalah

Ia merupakan salah satu inisiatif Arab Saudi mahu menarik pelancong secara global melancong ke negara terbabit serta menyokong kehadiran usahawan antarabangsa.

image is not available

Sumber : Yasin ALTUNAY  

Neom yang terletak di pulau Laut Merah Sindalah akan menjadi pusat peranginan pantai yang dirancang dibuka pada tahun 2023.

Cadangan transformasi secara besar-besaran ini terjadi di bawah pimpinan Putera Mahkhota Mohammed bin Salman (MBS).

Bar wain premium, bar koktel, bar champagne

Antara yang akan ditawarkan oleh pelancong global yang melancong di Neom adalah seperti bar wain preium, bar koktel, bar champagne dan bar pencuci mulut.

image is not available

Bukan itu saja malah, mereka turut menggambarkan pusat peranginan tersebut dengan adegan wanita berbikini dan lelaki tidak berbaju kerana sasarannya untuk menjadi destinasi ultra-mewah di mana mampu menarik perhatian negara luar.

Namun begitu, wakil Neom atau kerajaan Saudi masih belum mengesahkannya secara rasmi tentang perubahan ini.

image is not available 1 week ago

"Pemandangan Eksklusif Kaabah" - Digelar 'Sky Musallah', Surau Tertinggi Dalam Dunia Kini Dibuka Di Arab Saudi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved