Mahu Tontonan Tinggi Di TikTok, ‘Rider’ Mengaku Tak Salah Bakar Kereta Polis Bantuan

19 Feb 2024 • 3:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
rider mengaku tak salah bakar kereta polis

Seorang rider mengaku tak salah bakar kereta polis bantuan dalam satu kejadian di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara pada 1.17 pagi 15 Februari lalu.

Kejadian berlaku pada 15 Februari

Memetik laporan dari Utusan TV, tertuduh, Mohamad Hasif Syazani Zulkefle, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan khianat menggunakan api dengan niat membinasakan sebuah kereta jenis Proton Preve milik Polis Bantuan Prasarana.

image is not available

Kredit foto: Utusan TV

Turut conteng dinding MRT

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Dalam pada itu, dia turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan khianat dengan menconteng dinding di stesen MRT sama sekitar jam 1.10 pagi pada tarikh sama.

image is not available

Rider mengaku tak salah bakar kereta polis bantuan dikurangkan jaminan kepada RM9,500

Kedua-dua mahkamah itu kemudian membenarkan jaminan berjumlah RM9,500 ke atas tertuduh selain bersetuju dengan syarat tambahan jaminan sepertimana yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Sebelumnya, Mahkamah Sesyen menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 manakala Noor Khairun Nisa di Mahkamah Majistret menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 selain masing-masing memohon agar tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak menganggu saksi pendakwaan.

image is not available

Namun, jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan.

Sebelum ini, media melaporkan berkenaan seorang penghantar makanan yang ditahan susulan disyaki membakar kereta bantuan dan dikongsikan di platform TikTok.

Tujuan melakukan tindakan tersebut berkemungkinan untuk mendapatkan rating tontonan yang tinggi di platform media sosial terbabit.

Sumber: Utusan TV (Auzaee Athallah)