Mahu Tuntut Keadilan, Wira Barisan Hadapan Sarawak ‘Terpinggir’ Tanpa Hak Kewarganegaraan

3 Mar 2023 • 3:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Para wira barisan hadapan (Border Scout) Sarawak masih belum diberi taraf kewarganegaraan sehingga kini.

Mahu Tuntut Keadilan, Wira Barisan Hadapan Sarawak ‘Terpinggir’ Tanpa Hak Kewarganegaraan. Pemikiran untuk mempertahankan negara tercinta dan melindungi wilayah perbatasan merupakan hasrat yang mulia.

Berpuluh tahun yang lepas mereka telah sanggup pertaruhkan nyawa demi melindungi Sarawak. Namun, para wira barisan hadapan (Border Scout) Sarawak masih belum diberi taraf kewarganegaraan sehingga kini.

image is not available
Tuan Basar Arun, Tuan Kademus Liling, Tuan Joseph Pengiran, Tuan Tabed Raru, Tuan Used Achang

Tuan Basar Arun, Tuan Kademus Liling, Tuan Joseph Pengiran, Tuan Tabed Raru, Tuan Used Achang

Mereka telah berjuang tanpa henti dalam menjaga keselamatan negara, tetapi masih belum menerima hak yang sepatutnya, iaitu hak kewarganegaraan. Ini menimbulkan tanda tanya besar tentang keadilan dan kesetaraan di negara kita.

Sejak tahun 1960-an, ribuan sukarelawan dari Sarawak telah menjadi anggota Border Scouts di bawah Kerajaan Malaysia untuk menjaga keselamatan wilayah perbatasan. Namun, hak kewarganegaraan masih belum diberikan kepada banyak daripada mereka yang telah bertugas sebagai Border Scouts.

image is not available
Mahu Tuntut Keadilan, Wira Barisan Hadapan Sarawak ‘Terpinggir’ Tanpa Hak Kewarganegaraan. Sumber: Facebook

Arwah Basar Paru meninggal dunia tanpa hasratnya untuk menjadi warganegara ditunaikan

Sebelum ini, arwah Basar Paru juga merupakan heroik Border Scout yang membuat rondaan di Long Semadoh semasa konfrontasi dengan Indonesia dan pemberontakan komunis. Beliau komited 10 tahun hidupnya untuk mempertahankan Sarawak.

Namun, beliau telah dilaporkan meninggal dunia tanpa hasratnya untuk menjadi warganegara ditunaikan.

Sudah berpuluh tahun beliau cuba memohon kewarganegaraan tetapi beliau masih belum menerima berita baik yang diharapkan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri hingga nafas terakhir beliau.

image is not available
Dari kiri (Joseph), tengah (arwah Basar Paru) , kanan (Kademus)

Tanpa ‘IC Biru’ mereka tidak dapat menikmati hak-hak dasar

Banyak dari mereka yang masih menunggu untuk mendapatkan “IC Biru”, dokumen kewarganegaraan Malaysia yang memberikan hak dan keistimewaan sebagai warga negara. Tanpa IC Biru, mereka terpinggir dan dianaktirikan, serta tidak dapat menikmati hak-hak dasar seperti hak untuk memilih, hak untuk mendapat bantuan kesihatan, dan banyak lagi.

Ini telah menjadi satu isu yang terus menghantui warga emas Sarawak yang masih menunggu hak mereka selama bertahun-tahun. Para pahlawan yang telah berkorban dan berbakti kepada negara masih belum menerima pengiktirafan yang sepatutnya.

image is not available

Jika pemain bola boleh dapat taraf kewarganegaraan, kenapa tidak mereka? Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di pautan di bawah: