Mahukan Fon Kepala Sonos? Tunggu Tahun Depan

TechnologyDigital
22 Nov 2023 • 11:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2002, Sonos mempunyai reputasi menghasilkan sistem speaker multi-bilik dan audio ruang hiburan premium yang dijual pada harga bangsawan. Reputasi mereka kekal sehingga sekarang walaupun terdapat banyak pesaing baharu. Menurut laporan Bloomberg selepas 22 tahun wujud Sonos akan mula menawarkan fon kepala pertama mereka tahun depan.

image is not available
Paten fon telinga nirwayar Sonos dari tahun 2019

Pada tahun 2024 mereka akan mengembangkan penawaran produk bukan sahaja dalam bentuk fon kepala tetapi juga fon telinga serta kotak TV. Fon kepala mereka menyasarkan harga jualan mencecah $500 dengan sokongan multi-bilik dan juga kawalan suara Sonos Voice. Adalah dipercayai fon kepala premium ini sudah dalam pembangunan sejak 2019 lagi.

Selepas fon kepala barulah fon telinga nirwayar pertama mereka akan dilancarkan. Maklumat mengenai produk in masih lagi samar. Yang tidak samar ialah penghasilan kotak TV untuk penstriman yang akan menyokong pelbagai platform popular dengan penawaran audio tahap mercu Sonos.

View Original Article