MAIDAM, reNIKOLA dan Anglo-Eastern bangunkan projek solar RM1.2 bilion di tanah wakaf Kemaman

LocalEnvironment
12 Jun 2026 • 12:44 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

MAIDAM, reNIKOLA dan Anglo-Eastern bangunkan projek solar RM1.2 bilion di tanah wakaf Kemaman Image from: MAIDAM, reNIKOLA dan Anglo-Eastern bangunkan projek solar RM1.2 bilion di tanah wakaf Kemaman liza12/06/2026 - 12:44 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Jun – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melakar satu lagi langkah besar dalam pengurusan aset wakaf apabila memeterai kerjasama strategik bagi pembangunan ladang solar berskala mega di tanah wakaf Chenderong, dekat Kemaman di Terengganu.

 

Perjanjian yang dimeterai itu menjadi asas kepada pembangunan projek tenaga boleh baharu yang dijangka memberi impak besar bukan sahaja kepada ekonomi negeri, malah kepada agenda kelestarian tenaga negara.

 

Projek solar bernilai RM1.2 bilion itu melibatkan kerjasama tiga pihak utama iaitu MAIDAM sebagai pemegang amanah tanah wakaf, Anglo-Eastern Plantations sebagai pemajak tanah, serta reNIKOLA Holdings sebagai pemaju utama ladang solar tersebut.

 

MAIDAM berkata melalui struktur kerjasama ini, tanah wakaf tidak diubah hak milik, sebaliknya dimanfaatkan melalui model pajakan bagi pembangunan projek berskala besar yang lebih tersusun dan berdaya saing.

 

“Projek itu akan membangunkan ladang solar berkapasiti 400 megawatt (MW) yang akan meletakkannya antara projek tenaga solar terbesar di Pantai Timur.

 

“Apabila beroperasi sepenuhnya, ia dijangka menjana sekitar 930,800 megawatt jam (MWh) tenaga elektrik setahun, satu jumlah yang mampu menyokong keperluan tenaga bersih dalam skala besar,” katanya.

 

t

 

Selain impak tenaga, projek ini turut dijangka membuka sekitar 4,270 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, khususnya dalam sektor pembinaan, operasi dan penyelenggaraan.

 

Lebih signifikan, pembangunan ini membuktikan aset wakaf mampu diangkat sebagai instrumen ekonomi moden tanpa menjejaskan tujuan asalnya, malah diperkasa sebagai sumber manfaat berterusan kepada umat Islam.

 

Hasil pulangan daripada projek ini akan disalurkan semula ke dana wakaf negeri untuk pelbagai tujuan kebajikan, pendidikan dan pembangunan sosial masyarakat Islam di Terengganu.

 

MAIDAM dalam masa sama menegaskan komitmen untuk memastikan setiap pembangunan di atas tanah wakaf mematuhi prinsip syariah serta dilaksanakan dengan tadbir urus yang telus dan berintegriti.

 

Secara keseluruhan, projek ladang solar di Chenderong ini dilihat sebagai simbol transformasi pengurusan wakaf moden yang bukan sahaja menjana tenaga hijau, tetapi turut menjana masa depan ekonomi umat yang lebih mampan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved