Main Angguk Saja, Pelajar Terkejut Kena Bayar RM44 Beli Air Di St*rb*cks – “Saya Tak Faham Bahasa Inggeris”

12 May 2023 • 3:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara tidak memahami bahasa yang ditutur, seorang pelanggan terkejut apabila minuman yang dipesan mencecah harga hampir RM50.

Itu yang berlaku kepada seorang pelajar perempuan yang membuat pengakuan baru-baru ini tentang kesukaran yang dilalui ketika mahu membeli air di sebuah francis minuman popular.

Katanya, dia tidak fasih berbahasa Inggeris dan hanya mengangguk dan setuju dengan apa sahaja yang dikatakan oleh barista yang mengambil pesanannya.

Tanpa dia tahu, sebenarnya makin banyak dia angguk makin bertambah jugalah harga yang perlu dibayar dan ketika menerima bil, dia dimaklumkan bahawa air tersebut berjumlah RM44.10.

image is not available

Berdasarkan gambar resit yang dimuat naik, harga asal air yang dipesan berjumlah RM21.50 dan dia mengangguk setiap kali barista bercakap tentang ‘add on’.

Menurut perkongsiannya, dia berkata barista tersebut mentertawakannya ketika membayar air berkenaan seolah-olah tahu dia tidak mengerti apa-apa.

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai warganet yang memberikannya tips jika mahu membeli air di frachise itu atau kedai seumpamanya lagi di masa akan datang.

Dalam pada itu, segelintir netizen mempersoal bagaimana dia tidak faham dengan Bahasa Inggeris yang basic serta mencadangkan agar dia belajar dengan lebih rajin.

image is not available 10 bulan lalu

(VIDEO) “Sudahlah Perbodohkan Orang” -Barista Tampil Buat Penjelasan Menu ‘Viral’ Starbucks Yang Tak Wujud