Main mercun dari kereta bergerak, polis kesan individu terlibat

LocalPolitics
28 Mar 2026 • 6:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 MAC: Polis sedang mengesan beberapa individu disyaki terbabit dalam insiden bermain mercun secara berbahaya dari sunroof kereta yang sedang bergerak di sekitar Persiaran Ficus Seksyen U15 di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol berkata pihaknya menerima laporan pada 12.48 tengah hari tadi selepas video berkaitan insiden itu tular di media sosial, dan mengesahkan ia berlaku di kawasan Elmina Rainforest.

“Siasatan mendapati rakaman video berdurasi 50 saat itu menunjukkan kejadian berlaku pada waktu malam... suspek lelaki melepaskan beberapa das tembakan mercun ke udara ketika berdiri melalui cermin sunroof kereta yang dipercayai dipandu individu lain," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ramsay berkata individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman menerusi talian 011-1755 4394 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved