Main2 sediakan kurma butter, TikToker diselar tiada adab dengan makanan

Entertainment
14 Mar 2024 • 4:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang TikToker diselar netizen susulan berkongsi video sewaktu main2 sediakan kurma butter kerana terlihat seperti tiada adab dengan makanan.

Konten macam apa ni?

Perkongsian tersebut telah dimuat naik semula pengguna X dikenali sebagai iberriesme apabila melihat perbuatan itu seperti kurang sesuai lebih-lebih lagi boleh mengakibatkan pembaziran terhadap makanan.

Main2 sediakan kurma butter, langsung tak macam yang viral

Dalam video tersebut, TikToker berkenaan seolah-olah menyediakan menu kurma butter yang sedang viral ketika ini namun menggunakan jumlah butter yang cukup banyak.

Dia juga ‘mendekorasi’ butter tersebut dengan kekacang sebelum tekstur makanan terbabit dirosakkan dan diberikan kepada seorang wanita.

image is not available

Main2 sediakan kurma butter, nampak sangat tak sopan

Perkongsian itu telah menuai pelbagai komen daripada netizen yang merasakan tindakan berkenaan tidak wajar dilakukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Amalan membazir sepatutnya dielakkan lebih-lebih lagi ketika berpuasa terutamanya terhadap makanan memandangkan masih ramai yang kekurangan bekalan makanan untuk di jamah sewaktu berbuka.

 

image is not available

Patut bulan Ramadan lebih hargai makanan

image is not available

Ingat orang suka kot konten macam ni

image is not available

Tak kelakar langsung, membazir makanan

image is not available

Jutaan follower tapi buat konten tak bermanfaat

image is not available

Pengikut ramai, lebih sejuta

Dengan pengikut seramai lebih sejuta di platform TikTok, sepatutnya TikToker berkenaan lebih peka dalam membuat konten kerana ia boleh mempengaruhi mereka yang menonton lebih-lebih lagi golongan muda.

image is not available

Tindakan membuat konten dengan niat mahukan perhatian sebegitu nampaknya bukan lagi cara yang sesuai kerana lebih banyak menerima kecaman berbanding sokongan.

Sumber: X iberriesme

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved