“Maintenance Teruk” – Tular Gambar Pusat Sains Tadah Air Hujan Guna Baldi, Netizen Tegur Pihak Berwajib

14 Dec 2022 • 1:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pusat Sains Negara merupakan salah satu tarikan yang ada di negara kita ini terutamanya buat adik-adik yang masih bersekolah untuk rasai sendiri pengalaman yang berkaitan dengan sains.

Namun begitu, Pusat Sains Negara ini dikatakan hanya gah pada nama sahaja selepas tular satu gambar menunjukkan keadaan terkini pusat tarikan itu yang kelihatan begitu uzur dan tidak sesuai untuk dilawati para pengunjung.

Menerusi ciapan yang dikongsi pengguna di Twitter, dapat dilihat bumbung Pusat Sains Negara yang bocor hanya ditadah dengan menggunakan baldi ketika waktu hujan.

Kita nak masuk 2023. Pusat Sains Negara sampai bila nak tadah air bila hujan turun?

Gambar yang tular di Twitter itu mendapat respon daripada warganet yang mempersoalkan kewibawaan pihak berwajib dalam menangani isu ini.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Twitter ainmazing

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article