MAIPs peruntuk lebih RM9 juta untuk bantuan persekolahan 2025

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 2:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Simbolik penyerahan bantuan itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM9,065,700 untuk Bantuan Persekolahan MAIPs bagi tahun 2025 yang akan memanfaatkan 12,951 pelajar sekolah di Perlis.



MAIPs dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, bantuan itu akan disalurkan kepada 5,073 pelajar sekolah menengah, 7,802 pelajar sekolah rendah, 38 pelajar sekolah menengah agama rakyat dan 38 lagi pelajar sekolah rendah agama rakyat, dengan masing-masing pelajar akan akan menerima RM700 tiap seorang.



MAIPs berkata, simbolik penyerahan bantuan itu disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Arau baru-baru ini.



Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang Dipertua MAIPs dalam kenyataan sama bertitah MAIPs sentiasa prihatin terhadap pembangunan pendidikan di negeri berkenaan.



"Justeru saban tahun MAIPs akan menyalurkan bantuan persekolahan untuk dimanfaatkan oleh ribuan pelajar di seluruh negeri Perlis.



"Diharapkan bantuan ini dapat memberikan semangat serta pemangkin kepada kecemerlangan anak-anak pelajar yang dikasihi," titah baginda. - Bernama



Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved