
Oleh DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 25 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan RM106,708 kutipan fidyah kepada 721 penerima di daerah Hulu Langat, Kuala Selangor dan Klang hari ini.
Agensi itu memaklumkan agihan fidyah membabitkan tujuh tempat diberikan dalam bentuk kotak makanan asas yang bernilai RM148 bagi setiap keluarga.
“Bantuan fidyah Mais berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, mihun, gula, tepung gandum, kicap manis, sardin dan susu pekat manis,” kata kenyataan itu menerusi Facebook.

Tambahnya, agihan melibatkan kerjasama daripada rakan strategik agihan fidyah Mais antaranya Masjid Taman Cheras Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor.
“Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka,” katanya.
The post Mais agih kutipan fidyah RM106,708 kepada 721 penerima di tiga daerah appeared first on Selangorkini.
