Mais agih pek makanan kepada lebih 500 keluarga kurang mampu

28 Oct 2022 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 28 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan pek makanan kering kepada 511 keluarga kurang mampu di beberapa daerah semalam.

Agensi dalam kenyataan memaklumkan bantuan beras, minyak masak, gula, tepung dan susu disumbang hasil kutipan fidyah bernilai RM61,320.

“Agihan dibuat kepada penerima memerlukan di 13 tempat antaranya Petaling, Klang, Gombak dan Kuala Selangor.

“Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua,” katanya di Facebook.

Menurut Mais, agihan fidyah disalur menerusi Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan Kapar Masjid Al-Ihsan Kampung Tok Muda dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah.

Selain itu, katanya agihan turut dibuat melalui Persatuan Kasih Wanita Islam Selangor (Pekasih) Ampang dan Surau Al-Munawwarah Golden Villa Klang.

Orang ramai yang mahu membayar fidyah boleh berbuat demikian melalui pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.