Mais, Jais diminta perkasa penguatkuasaan isu penceramah tiada tauliah

15 Mar 2023 • 4:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 MAC: Pihak berkuasa agama Islam negeri ini disaran memperkasakan penguatkuasaan di setiap peringkat bagi memastikan semua pihak akur hanya individu bertauliah dibenar memberi ceramah dan kuliah.

Wakil rakyat Meru berkata tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu juga dapat mengekang penceramah yang tidak bertauliah daripada terus mengajar di masjid dan surau.

“Penguatkuasaan perlu diperkasakan untuk memastikan mereka ini patuh dengan titah Tuanku.

“Terima kasih kepada Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan EXCO Agama yang mengatur pertemuan dengan wakil rakyat beragama Islam berbincang perkara ini,” kata Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar .

Beliau berkata demikian ketika usul menyembah ucapan serta menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Sempena istiadat pembukaan DNS, Sultan Selangor hanya perkenan individu berkelayakan dan mempunyai tauliah daripada Mais sahaja dibenar memberi ceramah, kuliah, tazkirah atau pengajian di masjid dan surau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved