Mais, kerajaan persekutuan perkukuh kerjasama perkasa ekosistem halal, pendidikan Islam

LocalPolitics
19 Nov 2025 • 9:27 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 NOV: Usaha memperkasa pembangunan Islam di Selangor terus dipertingkat apabila Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dato’ Salehuddin Saidin mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) semalam.

Kunjungan itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Dr Mohd Naim Mokhtar dalam satu pertemuan yang membuka ruang kerjasama dua hala lebih strategik antara Mais dan kerajaan persekutuan.

Menurut Mais, pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada beberapa agenda penting termasuk pengukuhan pendidikan Islam, pemantapan ekosistem halal, serta perancangan pembangunan Islam yang lebih tersusun dan berimpak kepada umat di Selangor.

“Semoga hubungan baik ini dapat membantu meningkatkan syiar Islam di Selangor. Pertemuan ini juga diharap terus mengukuhkan sinergi serta hubungan erat antara MAIS dan Kerajaan Persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Mais turut menzahirkan keyakinan bahawa jalinan kerjasama lebih kukuh dengan kerajaan persekutuan bakal memacu projek serta dasar berimpak tinggi demi memastikan manfaat pembangunan Islam dapat dirasai seluruh masyarakat negeri ini.

Turut hadir dalam kunjungan berkenaan ialah Pegawai Khas Pengerusi Mais, Abdul Ghaffar Ab Ghani.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved