Mais, LZNK kongsi kaedah urus kebajikan, pembangunan asnaf mualaf 

6 Apr 2023 • 2:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 APRIL: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di sini, semalam.

Agensi itu memaklumkan pertemuan untuk berkongsi maklumat berkaitan kaedah pengurusan bantuan kebajikan, perlindungan dan pembangunan asnaf mualaf.

“Ia termasuk pengurusan guru pembimbing asnaf mualaf. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara Mais dan LZNK terutama dalam pengurusan mualaf di negeri masing-masing,” katanya di Facebook hari ini.

Pertemuan tersebut disertai lima pegawai LZNK diketuai Ketua Divisyen Pembangunan Mualaf dan Dakwah Sosialnya Ustaz Mohd Idris Mohd Yussoff manakala Mais diketuai Pengarah Pembangunan Sosial Mais MAIS Ustaz Suhaimi Ismail.

image is not available
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bertujuan berkongsi maklumat berkaitan kaedah pengurusan bantuan kebajikan, perlindungan dan pembangunan asnaf mualaf pada 5 April 2023. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved