MAIS tawar bantuan guaman syarie percuma

3 Aug 2022 • 7:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pemastautin di Selangor yang layak boleh mendapatkan bantuan guaman syarie percuma disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). MAIS dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan itu disediakan Bahagian Undang-undang Syariah yang mengendalikan 13 jenis kes melibatkan undang-undang syariah. Menurutnya, kes syariah yang dikendali unit tersebut termasuklah tuntutan pengesahan lafaz cerai, permohonan pengesahan ruju’, tuntutan penceraian, tuntutan fasakh dan tuntutan pengesahan cerai taklik. "Selain itu, tuntutan khuluk/tebus talaq, tuntutan sabitan nusyuz, permohonan wali hakim/am, tuntutan wali enggan/engkar, permohonan faraq nikah dan pengesahan nikah. "Dua lagi perkhidmatan ialah permohonan pengesahtarafan anak dan permohonan/tuntutan kebenaran poligami (defendan sahaja). "Mereka yang ingin mendapatkan info lanjut bantuan berkenaan boleh layari laman sesawang bantuan guaman syarienuntukninfo lanjut," kata kenyataan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved