Mais tawar potongan 50 peratus permohonan buat wasiat sempena merdeka

21 Aug 2022 • 5:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan potongan sebanyak 50 peratus bagi permohonan membuat wasiat sempena bulan kebangsaan.

Agensi memaklumkan tawaran istimewa itu bermula esok sehingga 18 September ini dan terhad kepada 2,000 pelanggan pertama.

“Rebutlah peluang ini dengan membuat wasiat untuk yang tersayang dan sebagai jariah yang berpanjangan,” tulisnya di Facebook.

Mais juga menggalakkan pengguna mendaftar wasiat secara dalam talian menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my atau mengimbas kod respon pantas seperti tertera.

Mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai wasiat boleh layari laman sesawang https://www.mais.gov.my/perkhidmatan-wasiat/

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved