MAIWP peruntukkan dana zakat hampir RM20 juta bantu pelajar KPBKL lanjut pelajaran

LocalPolitics
1 Dec 2024 • 8:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

MAIWP peruntukkan dana zakat hampir RM20 juta bagi menbantu pelajar-pelajar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) melanjutkan pelajaran mengikut jurusan pengajian yang dipilih oleh mereka.

Difahamkan, peruntukkan berjumlah RM19.85 juta itu telah dikeluarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sepanjang tahun 2024 ini.

image is not available

Kredit foto: FB MAIWP

MAIWP peruntukkan dana zakat hampir RM20 juta pada 2024

Perkara itu dinyatakan sewaktu Karnival Soul Journey Belia Asnaf bersempena sambutan ulang tahun ke-50 MAIWP dimana Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar telahpun merasmikan acara tersebut.

“Pada tahun 2024 ini sahaja, MAIWP telah memperuntukkan dana zakat berjumlah RM19.85 juta untuk tahun 2024 bagi membantu pelajar di KPBKL melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai jurusan pengajian,” ujarnya.

image is not available

Kredit foto: FB MAIWP

MAIWP peruntukkan dana zakat bagi bantu pelajar KPBKL lanjut pelajaran

Dalam majlis itu juga, simbolik penyerahan cek cura berjumlah RM699,350.00 kepada KPBKL melibatkan pelbagai bentuk bantuan seperti wakalah zakat, peralatan pendidikan, dan pembinaan infrastruktur baru seperti makmal komputer.

image is not available

Sekadar info, program Soul Journey yang dimulakan pada tahun 2023 dilaksanakan bertujuan untuk memupuk jati diri dan memberikan asas keagamaan serta kekeluargaan kepada belia asnaf, khususnya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur.

image is not available

Kredit foto: FB MAIWP

Karnival tersebut buat julung kalinya dianjurkan bersama KPBKL dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, termasuk belia asnaf, wakil sektor korporat, dan badan bukan kerajaan (NGO).

Pelbagai pengisian telah dirancang sepanjang karnival ini diadakan antaranya sesi motivasi, pertandingan sukan, e-Sukan dan reruai pameran agensi serta syarikat di bawah MAIWP.

image is not available

Kredit foto: FB MAIWP

Turut hadir ke majlis perasmian adalah Pengerusi MAIWP, Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Ahli MAIWP Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya.