MAIWP sumbang RM1.5 juta bantu mangsa banjir di Johor

11 Feb 2023 • 7:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM1 juta untuk mangsa banjir kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), hari ini.

Menerusi hantaran dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, replika cek itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid.

Penyerahan itu turut disaksikan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Selain bantuan kewangan, sumbangan berjumlah RM511,000 diberikan bagi barangan keperluan, peralatan kelengkapan persekolahan dan peralatan pembersihan di beberapa daerah terjejas termasuk Batu Pahat dan Kluang menerusi Program MAIWP-Insani Misi Bantuan Banjir Johor.

Sebanyak lapan daerah terjejas banjir di negeri ini ketika bencana itu melanda, baru-baru ini. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved