Majaps sedia hadiah cabutan bertuah bernilai RM110,000

LocalSales & Promo
6 Oct 2025 • 1:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG:  Pembeli tiket bertuah berpeluang memenangi sebuah kereta Chery Omoda 5 bernilai RM110,000 sempena cabutan bertuah Majlis Jaksa-Jaksa Pendamai Sabah (Majaps) yang akan diadakan di Kompleks Beli-belah ITCC pada 11 Oktober.

Cabutan yang akan bermula pada jam 10 pagi di Atrium Utama itu akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Penampang merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Persekutuan Datuk Ewon Benedick yang turut menjadi tetamu kehormat majlis berkenaan.

Antara hadiah utama lain yang menanti pemenang ialah Proton Saga 1.3 AT, Skuter Elektrik Yadea E85 Pro serta pelbagai hadiah menarik seperti Samsung Galaxy S24 Ultra, papan kekunci Yamaha, peti sejuk Samsung, periuk nasi pintar Panasonic dan kipas berdiri.

Secara keseluruhan sebanyak 35 hadiah ditawarkan kepada para pemenang. Tiket dijual pada harga RM50 setiap satu dan akan terus dijual sehingga hari cabutan.

Selain cabutan bertuah pengunjung turut akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan termasuk pertunjukan tradisional dan tarian singa.

Ahli seumur hidup Majlis JP Sabah, pemimpin masyarakat serta penerima sumbangan Majaps turut dijemput hadir bagi memeriahkan acara tersebut.

View Original Article