Majikan Apa Ni? Isteri Bengang Gaji Suami RM900 Asyik Kena Potong RM100

10 May 2024 • 1:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
majikan

Majikan jenis apa macam ni? Memang betul pekerja masuk kerja lewat ni satu kesalahan tapi kes ni macam majikan tu nak ambil kesempatan pula.

Memetik laporan mStar, seorang wanita meluahkan gaji suaminya yang rendah sering dipotong majikan yang didakwa sebagai kuku besi kerana melakukan kekerasan dan paksaan.

Wanita itu berkata gaji suaminya hanya RM900 sebulan dan akan ditolak RM100 jika sejam lewat masuk kerja.

Majikan sesuka hati tolak gaji bila rasa macam terlebih…

Alhamdulillah aku bersyukur tapi aku tak suka tempat kerja suami aku tu, orang atasan dia macam babi. Sejam lewat tolak RM100 sehari kerja bayar RM60 je.

Lepas tu basic dan komisen berapalah sangat sebulan. Tak lebih dari RM2,000 pun, komisen pula tak boleh lebih dari RM500.

Setiap kali lebih je mereka suka hati je tolak, konon over. Ya Allah, sampai hati mereka aniaya suami macam ni.

Kehidupan mereka diuji lagi selepas suaminya perlu menjalani pembedahan lutut akibat kemalangan. Bagaimanapun, wanita ini meminta semua untuk mendokan mereka sekeluarga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.