“Majikan Lambat Bayar Gaji, Ada Yang Tak Bayar Langsung”, Dan Banyak Lagi Aduan Oleh Pekerja

1 Jul 2022 • 10:00 AM MYT
Viral Buzz Malaysia
Viral Buzz Malaysia

Berita yang Viral di Malaysia

image is not available

Gambar dari BERNAMA, NST Online

Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menerima sebanyak 17,091 aduan berkenaan pelbagai isu buruh melalui aplikasi Working for Workers (WFW), setakat 26 Jun 2022.

Timbalan Menteri KSM, Datuk Awang Hashim berkata, daripada keseluruhan aduan tersebut, sebanyak 34% adalah berkenaan gaji yang tidak dibayar atau lambat dibayar.

Menurutnya lagi, sebanyak 18% adalah aduan terhadap majikan yang tidak membenarkan pekerja bekerja dari rumah, terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 1,651 aduan adalah berkenaan potongan gaji yang tidak mengikut undang-undang, 1,390 berkenaan pekerja yang diberhentikan tanpa notis, dan 1,369 tentang tidak membayar kerja lebih masa dan tiada faedah pemberhentian.

Awang berkata bahawa KSM telah mengambil tindakan terhadap 16,562 aduan yang diterima, manakala yang selebihnya kini masih dalam siasatan.

Aplikasi WFW adalah dilancarkan pada 3 Mei sebagai sebuah platform buat 15.7 juta pekerja, termasuklah pekerja asing untuk menghantar sebarang aduan berkenaan masalah buruh.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Play dan App Store, atau layari www.workforworkers.com.my

Sumber: BERNAMA


Viral Buzz Malaysia adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.