![Image from: Majikan Naikkan Gaji Pekerja RM700 Lepas Rasa Sendiri Beban Kerja Ketika Ganti Tempat Staf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/majikan-naikkan-gaji-pekerja-lepas-ganti-tempat-staf.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak semua orang bertuah mendapat majikan baik dan memahami kesusahan serta struggle yang dialami oleh pekerja itu sendiri.
Namun, bila sendiri dah rasa penat dan susah payah yang dialami staf, barulah segelintir majikan memahami dan menghargai penat lelah staf mereka.
Bos Turun Padang Ganti Tempat Pekerja Di Hot Kitchen
Itulah yang dilakukan oleh pengasas Suka Dessert dan usahawan, Siti Hajar Mohd Razali atau lebih mesra disapa sebagai Aunty Ja apabila terpaksa turun padang di bahagian dapur masakan panas (hot kitchen) gara-gara kekurangan staf.
Kongsi Aunty Ja di Threads, dia bersama dua orang lagi pekerjanya sedang dalam perjalanan menuju ke Temerloh, Pahang untuk menghadiri sebuah acara pada 9 Mei lalu.
Namun, dia terpaksa berpatah balik ke restorannya sebaik mengetahui terdapat tiga orang stafnya cuti sakit manakala seorang lagi sedang cuti tahunan.
Keadaan itu menyebabkan Aunty Ja membuat keputusan untuk turun padang dan masuk ke dapur bagi membantu staf yang lain.
“Aunty Ja decide patah balik. Aunty Ja dan dua orang team akan bantu masuk dalam hot kitchen.
“Masuk saja hot kitchen, Aunty Ja diberi tugasan bahagian deep fry,” kongsinya.
Faham Penat Pekerja Hot Kitchen, Semua Perlu Pantas
Kongsi Aunty Ja, meskipun tugas yang dilakukan olehnya adalah mudah iaitu hanya menggoreng namun dia mengakui kerja di bahagian dapur amat penat.
Manakan tidak, kesemua pergerakan perlu laju dan pantas dalam menyiapkan pesanan pelanggan.
“Ya Allah, penatnya kerja dalam hot kitchen. Semua pergerakan wajib laju dan pantas. Nak betulkan tudung pun tak sempat.
“Baju memang penuh tepung dengan tepung. Sebelum ini, Aunty Ja selalu pesan pada team, kerja tu kemas-kemas sikit tak nak comot-comot.
“Sekali Aunty Ja faham. Selama dalam bidang dunia coklat dan dessert, Aunty Ja simpulkan hot kitchen terpaling penat dan letih.
“Nak mengemas kitchen atau closing pun terlalu renyah,” kongsinya.
Aunty Ja Terus Naikkan Gaji Pekerja RM700 & Kadar Kerja Lebih Masa (OT)
Memahami apa yang dialami oleh pekerja, usahawan berkenaan terus membuat keputusan untuk menaikkan gaji stafnya yang bekerja di hot kitchen sebanyak RM700.
Malah, kadar kerja lebih masa (overtime) bagi semua pekerja turut dinaikkan.
Bukan itu sahaja, Aunty Ja menetapkan polisi baharu iaitu dapur kafenya akan ditutup pada setiap hari Jumaat.
Malah, beliau akan mengasingkan bahagian memasak dengan bahagian penyediaan bahan selain membuat dapur berpusat (central kitchen).
View on Threads
Warganet Kagum Dengan Aunty Ja, Tak Semua Majikan Fahami Pekerja
Perkongsian yang telah mendapat lebih 423,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Aunty Ja yang terus menaikan gaji pekerja setelah memahami apa yang dihadapi oleh stafnya itu.
Malah, ramai yang menyokong tindakan usahawan itu dan memahami tugas di bahagian dapur bukanlah satu perkara mudah.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang membuat perbandingan sikap Aunty Ja serta majikannya yang tidak memahami pekerja sendiri.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Sukanya Bos Yang Turun Padang, Rasa Sendiri & Ambil Tanggungjawab Sepatutnya (Naik Gaji), Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Bisnes Aunty Ja”
![Image from: Majikan Naikkan Gaji Pekerja RM700 Lepas Rasa Sendiri Beban Kerja Ketika Ganti Tempat Staf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/majikan-naikkan-gaji-rm700-lepas-ganti-tempat-pekerja_netizen_5.jpg)
“Ada Hikmah Staf MC & Cuti. Cantik Aturan Allah. Pekerja Naik Gaji, Operasi Dapur Insya-Allah Berjalan Lancar, Kebajikan Pekerja Terjaga”
![Image from: Majikan Naikkan Gaji Pekerja RM700 Lepas Rasa Sendiri Beban Kerja Ketika Ganti Tempat Staf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/majikan-naikkan-gaji-rm700-lepas-ganti-tempat-pekerja_netizen_1.jpg)
“Ada Orang Pernah Cakap, Masak Sikit-Sikit Je Pun Apa Penatnya? Benda Kalau Dah Duduk Depan Haba & Api Memang Penat, Belum Mengemas Lagi”
![Image from: Majikan Naikkan Gaji Pekerja RM700 Lepas Rasa Sendiri Beban Kerja Ketika Ganti Tempat Staf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/majikan-naikkan-gaji-rm700-lepas-ganti-tempat-pekerja_netizen_2.jpg)
“Penatkan Hot Kitchen? Sebab Tu Saya Berhenti & Turun Dari Operasi.”
![Image from: Majikan Naikkan Gaji Pekerja RM700 Lepas Rasa Sendiri Beban Kerja Ketika Ganti Tempat Staf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/majikan-naikkan-gaji-rm700-lepas-ganti-tempat-pekerja_netizen_3.jpg)
“Ada Hikmah Kenapa 3 Orang Staf Cuti. Dunia Hot Kitchen Memang Penat, Belum Kena Minyak Panas”
![Image from: Majikan Naikkan Gaji Pekerja RM700 Lepas Rasa Sendiri Beban Kerja Ketika Ganti Tempat Staf [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/majikan-naikkan-gaji-rm700-lepas-ganti-tempat-pekerja_netizen_4.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Majikan Perlu Tahu! Ini 5 Sebab Kenapa Penting Beri Ganjaran Kepada Pekerja
Baca Artikel Berkaitan: Hargai Jasa & Pengorbanan Staf, Bonda Rozita Belikan Rumah 2 Tingkat Untuk Pekerja Cemerlang [Video]
