Majikan Tersilap Bayar 286 Kali Ganda Gaji, Pekerja Letak Jawatan Dan Menghilangkan Diri

1 Jul 2022 • 3:06 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki dari Chile tersebut kini menjadi buruan

Majikan Tersilap Bayar 286 Kali Ganda Gaji, Pekerja Letak Jawatan Dan Menghilangkan Diri. Dilaporkan seorang lelaki dari Chile, Amerika Selatan kini menjadi buruan setelah meletakkan jawatan dan menghilangkan diri apabila majikannya tersilap bayar 286 kali ganda gaji asal lelaki itu.

image is not available
Majikan Tersilap Bayar 286 Kali Ganda Gaji, Pekerja Letak Jawatan Dan Menghilangkan Diri

Sepatutnya menerima sebanyak RM2,378 tetapi…

Menurut laporan, lelaki berkenaan sepatutnya dibayar 500,000 peso Chile (bersamaan RM2,378) tetapi sebaliknya mendapat sekitar 165,398,851 peso Chile (bersamaan RM786,868).

Difahamkan, lelaki itu dibayar amaun tersebut pada bulan Mei dan ketika kejadian itu diketahui, lelaki tersebut mengakui kesalahan di pihak organisasinya dan bersetuju untuk memulangkan jumlah yang telah dibayar kepadanya secara berlebihan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: Outlook India

Bekerja untuk salah satu pengeluar daging beku terbesar di Chile

Ia difahamkan lelaki tersebut bekerja di Consorcio Industrial de Alimentos, salah satu pengeluar daging beku terbesar di negara itu dan pekerja itu sepatutnya dibayar 43,000 peso Chile (RM206.70) atau 500,000 peso Chile, yang merupakan gaji bulanannya.

Namun, akibat sebuah kesilapan, lelaki tersebut dibayar RM786,868 secara tidak sengaja dan kejadian itu disedari apabila pihak pengurusan menyemak rekod.

image is not available
Consorcio Industrial de Alimentos. Kredit foto: T13

Sejurus selepas kejadian itu, pihak pengurusan di syarikat tersebut menghubungi lelaki berkenaan dan ia didakwa lelaki itu telah bersetuju untuk melawat bank bagi mendapatkan baki yang sepatutnya untuk dipulangkan.

Walau bagaimanapun, apabila syarikat tersebut tidak menerima jumlah baki berkenaan, mereka telah cuba menghubungi lelaki terbabit bagi mendapatkan maklumat terkini tetapi gagal mendapat respon daripada lelaki tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Lelaki itu kemudian dilaporkan telah menghubungi syarikat berkenaan beberapa hari kemudian dengan berkata dia akan melawat bank tidak lama lagi untuk memulangkan baki duit tetapi mengemukakan peletakan jawatan pada 2 Jun lalu.

Ia juga dilaporkan lelaki itu sudah menghilangkan diri dengan duit itu dan syarikat berkenaan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki terbabit bagi mendapatkan semula wang yang dipindahkan secara tidak sengaja kepada lelaki itu.

Lagi di sini: