KUALA LUMPUR – Majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk Allahyarhamah Zara Qairina akan diadakan di semua surau dan masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 14 Ogos selepas solat Maghrib.
Arahan Dari Menteri Hal Ehwal Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan di Facebook pada Selasa.
Beliau berkata, arahan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti, doa dan ingatan tulus seluruh umat Islam terhadap almarhumah.
Seruan Kepada Umat Islam
“Di samping, memohon agar Allah SWT mencucuri rahmat dan mengampuni segala dosanya, serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Saya menyeru seluruh umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk sama-sama hadir dan menyertai majlis bacaan Yasin dan solat hajat di masjid atau surau masing-masing.
Semoga doa yang dipanjatkan secara berjemaah ini memberi ketenangan kepada ahli keluarga dan menjadi bekalan pahala buat almarhumah,” katanya. – The Malaysian Update



