
Kota Kinabalu: Majlis Belia KDCA mempunyai pandangan berbeza dengan kenyataan seorang pemimpin parti politik baru-baru ini yang menggesa kerajaan membatalkan konsert kumpulan terkenal Coldplay.
Pengerusinya, Steve Johnny Mositun, berkata Coldplay dikenali di seluruh dunia dan kehadiran mereka pastinya menarik ramai pelancong.
Beliau berkata, ia perlu dilihat dari sudut yang bertujuan memberi kesan kepada peningkatan ekonomi.
“Coldplay mempunyai jumlah peminat yang ramai di seluruh dunia bukan sahaja dari Asia. Ada yang sanggup berbelanja besar hanya untuk menonton persembahan mereka.
SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more “Mengenai agama dan bangsa, pemimpin harus lebih sedar bahawa bukan hanya satu kaum sahaja yang menjadi peminat dan penyokong Coldplay tetapi rakyat pelbagai kaum dari seluruh dunia.
“Lagipun kehadiran ke konsert itu bukan paksaan atau melalui jemputan khas. Hanya peminat tegar Coldplay sahaja yang akan membeli tiket,” tegasnya.
Kumpulan muzik Britain itu mengesahkan mereka akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 22 November ini.
Bagaimanapun, menurut Steve, ada pemimpin yang menggesa konsert itu dibatalkan yang mereka anggap “tidak membawa apa-apa kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.”
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam catatan Facebook minggu lalu memuat naik vokalis, Chris Martin, mengangkat bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada konsert di London.
Dalam kapsyennya, Nasrudin menyeru Putrajaya bertanya sama ada ia membenarkan “hedonisme dan budaya songsang” di Malaysia.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


