Majlis Haflah Takrimiah AKMAL rai 150 huffaz, hafal 30 juzuk kurang dari setahun

LocalFamily & Parenting
1 Jun 2025 • 7:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sebanyak 150 pelajar Huffaz diraikan dalam Majlis Haflah Takrimiah AKMAL Kali Ke-6 yang berlangsung penuh barakah di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor hari ini.

Majlis Haflah Takrimiah AKMAL dirasmikan mantan Menteri Agama

Majlis anjuran Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) berkenaan telah dirasmikan oleh mantan Menteri Agama, YBhg. Dato’ Sri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, serta dihadiri ibu bapa, guru, alumni dan rakan strategik pendidikan dari seluruh negara.

image is not available

Majlis Haflah Takrimiah AKMAL rai 150 pelajar cemerlang

Apa yang membanggakan, kesemua pelajar diraikan kerana berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh kurang dari setahun, malah ada yang mencatat rekod lebih luar biasa.

Antaranya ialah seorang pelajar yang berjaya khatam 30 juzuk dalam hanya dua bulan, membuktikan keberkesanan program intensif AKMAL.

image is not available

Pelajar berjaya hafal 30 juzuk tak sampai setahun

Turut mencuri perhatian ialah adik Ziyad, 10 tahun, pelajar istimewa mild autisme yang berjaya menghafal 30 juzuk dalam 4 bulan 6 hari.

Sebelum menyertai AKMAL, beliau sudah pun hafal 42 surah, hasil daya ingatan luar biasa yang dimilikinya.

Pelajar cemerlang lain seperti Muhamad Aiman, 16 tahun, dan anak kepada artis nasyid Syah Inteam turut diraikan atas kejayaan mereka memperoleh Syahadah Hafazan.

image is not available

Kejayaan ini pastinya memperkukuh lagi nama AKMAL sebagai peneraju program “Hafiz Setahun” yang terbukti sistematik, menggunakan pendekatan 6 Rukun Hafiz, pemantauan harian serta fokus kepada akhlak dan motivasi.

Dalam pada masa yang sama, AKMAL turut mengorak langkah ke peringkat lebih tinggi dengan perancangan membuka pusat pengajian tinggi sendiri, hasil kerjasama bersama Markfield Institute of Higher Education (MIHE), United Kingdom.

Sehubungan dengan itu, AKMAL mengajak lebih ramai pihak berkolaborasi bersama agar misi AKMAL melahirkan 10 ribu huffaz setiap tahun menjelang 2030 tercapai.

Bagi ibu bapa yang mahu tahu lebih lanjut atau mendaftarkan anak ke program Hafiz Setahun, boleh www.hafizsetahun.com.

View Original Article