
KLANG UTARA: Ketua Polis Daerah, ACP S. Vijaya Rao menghadiri majlis iftar bersama komuniti dan sumbangan Bakul Rahmah negeri Selangor oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub bertempat di Tapak Pasar Malam Taman Meru 4, Meru.
Sumbangan Bakul Rahmah adalah program kerajaan bagi meringankan beban masyarakat yang memerlukan.
Hadir sama Pengarah KPDN Selangor Zuhairi Mat Radey, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar Adun Meru, Yang Dipertua MPK Klang Noraini Roslan dan Ketua Polis Balai Meru Khairil Anuar Baharin.



