Majlis iftar TYT, Ketua Menteri bersama warga TLDM

7 Mar 2026 • 3:51 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama isterinya Datin Seri Juliah Salag menghadiri majlis iftar bersama warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Masjid Ibnu Battuta, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar, Khamis.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin, yang beramah mesra dengan pegawai serta anggota TLDM dalam suasana penuh ukhuwah dan kesyukuran sempena bulan Ramadan.

Program dimulakan dengan tazkirah ringkas sebelum hadirin berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohd Razali Wahab serta Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris.

Sementara itu, Hajiji turut menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM300,000 daripada SD Guthrie Berhad kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) di Menara Kinabalu, pada hari yang sama.

Sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Guthrie Mohd Haris Mohd Arshad kepada Pengarah YKS Datuk Diyanah Abdullah.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun, Ketua Perkhidmatan Operasi Kumpulan Guthrie Razlanshah Abd Malek serta Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Sabah Operasi Huluan R. Vijayakumar.