Majlis Khatamal Quran SK St Thomas Berlangsung Dengan Jayanya Di Hotel Merdeka Palace

4 Feb 2024 • 12:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Isu kontroversi telah diselesaikan dengan harmoni

Majlis Khatamal Quran SK St Thomas Berlangsung Dengan Jayanya Di Hotel Merdeka Palace. Sebelum ini mencetus kontroversi apabila pihak Diocese ST Thomas tidak membenarkan Majlis Khatamal Quran diadakan di sekolah, isu ini akhirnya telah diselesaikan secara harmoni.

Karnival Insaniah Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK St. Thomas, Kuching ini telah diadakan di Hotel Merdeka Palace pada 3 Februari 2024.

image is not available
Majlis Khatamal Quran SK St Thomas Berlangsung Dengan Jayanya Di Hotel Merdeka Palace

image is not available

Kerjasama PIBG dan masyarakat setempat

Selain itu, kerjasama PIBG dan masyarakat setempat juga memberikan sentuhan istimewa kepada majlis ini.

Diadakan di Hotel Merdeka Palace, majlis ini dihadiri oleh YB Dato Idris Buang, Timbalan Speaker Sarawak dan Puan Atiqah Syairah, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.

JPN Sarawak yang diwakili oleh En Les Anak Met turut hadir di majlis menunjukkan bahawa keharmonian di Sarawak.

image is not available

image is not available

Persembahan angklung dan marhaban

Kehadiran para tetamu ini menaikkan kemeriahan majlis, sementara persembahan angklung dan marhaban oleh institusi lain turut menambahkan kehangatan dalam program tersebut.

Dalam masa yang sama, YB Dato Idris Buang dan YB Fadhlina Sidek melalui Setiausaha politiknya masing-masing menyumbang RM10,000 kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab SK St. Thomas Kuching.

Pada awalnya, isu ini telah mencetuskan kontroversi: